MyBelanjawan

Rumusan

Pengenalan

Sistem MyBelanjawan adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan penyediaan bajet dan belanjawan tahunan secara sistematik. Ia direka khusus untuk membantu kementerian dan agensi kerajaan dalam proses perancangan, pengurusan, dan penilaian bajet dengan lebih cekap.

Ciri-Ciri Utama

  1. Penyediaan Anggaran
    Menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus dan anggaran perbelanjaan pembangunan secara mudah dan teratur.

  2. Penyediaan Kerangka Prestasi
    Membolehkan perancangan kerangka prestasi bagi peringkat nasional, kementerian, program, dan aktiviti untuk memastikan pencapaian yang strategik.

  3. Penjanaan Buku Belanjawan:
    Membolehkan pengguna menjana buku belanjawan kementerian untuk memudahkan proses menyemak bajet. Kemudiannya menjana buku belanjawan secara keseluruhan untuk pembentangan di Parlimen.

  4. Laporan Belanjawan:
    Menyediakan pelbagai laporan bajet bagi memudahkan proses analisis dan pengurusan maklumat kewangan.

Fasa Utama

  1. Fasa Perancangan
    Fasa ini melibatkan penyediaan dan perancangan bajet serta kerangka prestasi bagi memastikan keperluan kewangan dirancang dengan baik.

  2. Fasa Pemantauan
    Selepas perancangan selesai, fasa ini digunakan untuk menilai pencapaian KPI outcome yang telah ditetapkan, memastikan setiap objektif dipenuhi dengan berkesan.

On this page